|
Nasyeed Edutainment Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang menjurus kepada Pengurusan Acara (event management) dan penerbitan bahan-bahan yang berbentuk edutainment yang mendidik jiwa. Syarikat ini bergerak dengan memperkenalkan nama Nasyeed.Com sebagai trademark yang berpusat di Pusat Perniagaan Tadisma, Shah Alam Selangor. Perkhidmatan utama yang ditawarkan melalui event management ini adalah seperti membekal dan mengendalikan sistem siaraya dan pencahayaan (sound & lighting system), penyelenggaraan acara konsert, majlis penganugerahan, majlis perkahwinan, seminar, kursus, program bina insan, motivasi dan lain-lain. Manakala perkhidmatan yang ditawarkan melalui penerbitan adalah seperti penerbitan audio, video, multimedia dan percetakan.
Menerajui dan mengungguli di dalam bidang pengurusan acara yang berbentuk edutainment di peringkat nasional dan diperingkat antarabangsa. Misi Membentuk tenaga kerja Nasyeed.Com yang berpengetahuan, mahir, berketerampilan dan profesional. Menerapkan sistem pengurusan korporat dan mesra pelanggan yang dinamik dalam budaya kerja berpasukan di Nasyeed.Com Menyediakan pakej perkhidmatan dan peralatan yang berkualiti tinggi dan dipercayai selaras dengan kehendak semasa. |









